Manusia tidak boleh hidup bersendirian dan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain.Oleh itu, manusia memerlukan teman untuk mengharungi kehidupan serta menghadapi cabaran suka duka di dunia ini.
Itulah antara hikmah di sebalik penciptaan manusia pelbagai kaum,agama,serta latar belakang.
Firman Allah yang bermaksud "Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami telah meciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal - kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain.). Sesungguhnya semulia - mulia kamu kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu."Surah al - Hujurat, ayat 13.
0 comments:
Post a Comment