Saya sayangkan awak

Daisypath Friendship tickers

My Follower

Saturday, April 30, 2011

Andai sayang tahu

Andainya sayang tahu..Bile saye mule jatuh cinta pade awak, walaupun awak xde segalanya tetapi awak adalah segalanya di hati saye ..Andainya sayang tahu..Bile saye mengalirkan air mata, itu xbermakna saye  lemah, tapi saye cube cari kekuatan untuk terus tabah menyintai sayang .Andainya sayang tahu..bile saye marah, memang saye tak mampu mengawal perasaan saye tapi percayalh sayang, 2la maknanya saye sangat ambil berat dan menyayangi sayang. Andainya sayang tahu..bile saye cakap banyak, saye x pernah bermaksud nk buat sayang rimas,walaupun saye tau awak xsuke, tapi saye cume nak awak mengenali saye dengan lebih dekat.. Andainya sayang tahu..bile saye kate nk awak berubah, itu bukan bermakna saye tak trime sayang  seadanya, tetapi saye cme nk menjadikan syg lebih baik, bukan untuk diri saye, tetapi untuk masa depan sayang..Andai sayang tahu..bile saye cemburu dan kurg percayakn awak.. bukan bermakna saye xsayang sayang..tapi disebabkan saye terlalu sygkan awak...Kadang2 saye terlalu risau kalau2 terlalu percaya, sayang akan mengkhianati kepercayaan saye.. saye hanya nak yang terbaik untuk sayang.Andai sayang tahu..bile saye merajuk, saye bkn nak mengada-ngada,atau nk syg pujuk... tetapi cukuplh dengan perhatian yang boleh buat saye rasa dihargai.. Andai sayang tahu..Bile saye jarang cakp ‘i love u’, tu xbrmksd saye x menyintai syg, tetapi saye nk syg rase sendiri cinta saye, bukan hanya hadir dari kata-kata..Andai sayang tahu..bile saye kate saye rindu dkat awak, saye btol2 maksudkannya. Bile kiter berjauhan, saye selalu teringt kt syang..Andai sayang tahu.. sayang tetap yang terbaik di hati saye..Andai sayang tahu..bile saye degil,saye tak bermaksud untuk jadi degil tapi saye cume  nk tahu sejauh mana sayang mampu bersabar dengan kerenah saye.. Percayalah sayang... Andai sayang tahu..bile saye cakap, “tolong tinggalkan saya!”, saye xbrmksd untk syg pergi  selamanya. saye sayangkn awak..Saye cume nk  tenangkn  fikiran kjap jew,.tpi lpas 2, saye okay dah.. saye mengaku dan saye sedar..saye memg susah untuk kawal perasaan. Saye mintk maafL .Andai sayang tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan diciptakan oleh Allah dgn begitu indah. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan nmpk  lemah tapi ade kekuatan tersendiri yang mungkin boleh membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Sayang ingtla ayat niw baik2 ......
Saye cme nak sayang hargai kehadiran saya  dalam hidup sayang.. saye akan sentiase menyokong sayang.. dan insyaallah.. saye akan cbe membuatkan hidup sayang lebih sempurna..
I do love you !! :D 

I love u

                                                                  GROUP KERSANI 


                                                          RUDY SHAH BIN SHAHRIL 

Monday, April 25, 2011

My sister tunang

                                                                      
                                         X SAbar nak naik pelamin insya Allah habis belajar nanti huhu... 





menunggu pihak lelaki datang 


SAYA BILA LAGI..?? HURM CEPAT SYG MASUK MEMINANG HAHA GATAL... 

Sunday, April 24, 2011

LELAKI HANDSOME VS LELAKI X HANDSOME

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Jika Aku Jatuh Hati

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu
...
Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin ya rabbal alamin...

Apa itu cinta

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia  adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat  manusia.Ia wujud bila hati tertarik dengan kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Thursday, April 21, 2011

I MISS U...




SAYA RINDU SANGAT DEKAT AWAK... 
MISS U DAMN MUCH...!!!
RUDY SHAH BIN SHAHRIL 
I LOVE U,,,

I MISS U...



SAYA RINDU SANGAT DEKAT AWAK... 
MISS U DAMN MUCH...!!!
RUDY SHAH BIN SHAHRIL 
I LOVE U,,,

Rinduku Padamu

Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.
Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.
Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu,
Sedihnya aku,
Lukanya hati aku,
kerana disisimu bukan AKU,
Maafkan aku kerana terpaksa putus denganmu walaupun perit,
Akan aku gagahi jalani hidup ini tanpamu,
Kerana semuanya ada padamu,
Kasih, Sayang, Cinta yang ada hanya adalah RINDU.

Pengajaran dari cinta

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Aku dilahirkan di muka bumi ini hasil daripada kasih sayang Mama dan Ayah. Ya, semuanya bermula dari kasih sayang. Ayah dan Mama telah memberikan aku nama Farina (bukan nama sebenar). Nama itu penuh maknanya tersendiri. Mama cakap maksud nama aku pemaaf. Maknanya aku ni mesti pemaaf orangnya.
Semasa kecil aku tidak pernah tahu apa itu masalah. Aku meneruskan hidup aku sama seperti kanak-kanak lain. Sewaktu umur aku enam tahun, keluarga aku dikejutkan sesuatu berita iaitu aku ditimpa musibah. Aku disahkan menghidap penyakit jantung yang digelar Rheumatic Fever. Ya, sejak aku berumur enam tahun aku telah menghidap penyakit itu. Aku tidak tahu apa-apa. Kerana ketika itu aku masih kecil. Aku mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur di bawah pengawasan Institut Jantung Negara sehingga kini. Kira-kira sudah hampir 13 tahun aku menghidap penyakit ini.
Tapi kini, doktor memberitahu, aku sudah pulih tapi belum sepenuhnya. Aku mendapati aku tidak boleh terlalu kerap sangat berfikir. Terutama tentang masalah-masalah yang aku hadapi. Ini kerana situasi itu akan memberi kesan kepada kesihatan aku terutama pada jantung aku. Mama dan Ayah sering sibuk dengan kerja-kerja mereka di pejabat. Aku tidak pernah salahkan mereka kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Aku mempunyai tiga orang abang. Tapi rasanya seperti tidak pernah rasa kasih sayang seorang abang. Mungkin kerana mereka dulu tinggal di asrama penuh di Kelantan. Makanya aku tinggal bersama orang tuaku dan adik-adikku. Aku sangat rapat dengan makcikku. Dia memang seorang yang baik. Seorang yang prihatin terhadap kebajikan aku sekeluarga. Mungkin kerana dia tidak memiliki keluarga sendiri. Aku berazam untuk menjaganya sewaktu dia sudah tua nanti. Begitu juga Ayah dan Mama. Insya’Allah jika umurku masih panjang untuk terus bernafas dalam dunia ciptaan Allah ini.


Sampai suatu masa, aku terpaksa berpisah dengan makcikku. Kerana dia bekerja di luar Negara. Ketika itu Tuhan sahaja yang tahu bertapa beratnya perasaan ini untuk berpisah dengannya. Kerana hanya dia tempat aku bermanja selama ini. Dia telah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Aku sedih dalam keterpaksaan. Dia telah pergi berhijrah ke Negara orang. Dan aku mula hidup sendirian tanpa perhatian dan kasih sayang. Saat itu aku mula tahu berdikari.
Pada tahun 2005 aku bakal menduduki PMR. Aku mengambil kelas tambahan di Pusat Tuisyen di sekitar Setiawangsa. Dari situ aku mula mengenali seorang lelaki yang telah menaruh hati pada aku. Ya, aku masih ingat namanya. Fairuz (bukan nama sebenar). Lelaki itu telah banyak mengajar aku tentang hidup. Hidup yang seharusnya perlu ada rasa jujur terhadap segala aspek. Hidup yang penuh drama. Dia lelaki yang telah banyak menipu aku. Lelaki yang tidak sepatutnya aku kenal. Tapi semua itu aku tidak pernah berdendam. Aku meleraikan hubungan kami setelah tiga bulan terjalin. Lagipun, ibunya sendiri tidak merestui hubungan kami.
Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadanag-kadang kita di bawah. Aku telah berjumpa dengan seorang lelaki yang teramat baik. Aku rasa dia lah insan yang paling terbaik penah aku jumpa. Nak tahu kenapa? Sebab dia jujur, dia ikhlas, dia tulus dan amat bertanggungjawab. Macam mana aku tahu? Sebab dia kawan baik Fairuz, iaitu bekas kekasih aku. Dan aku pernah berkawan dengan dia. Namanya Ashraf (bukan nama sebenar). Seorang lelaki yang pernah mendiami hati aku. Lelaki yang mulia bagi aku. Lelaki yang tiada tandingan dengan lelaki-lelaki lain. Oh, sungguh aku bertuah kerana aku dan dia adalah pasangan kekasih setelah berpisah dengan Fairuz.


Kami menjalinkan hubungan sebagai pasangan yang paling romantik dan bahagia. Itulah yang kawan-kawan kami sering perkatakan. Kami ibarat isi dan kuku, ibarat kumbang dan bunganya. Yang tidak boleh berpisah dan berenggang. Empat tahun hubungan kami terjalin. Empat tahun mungkin angka yang sedikit. Tapi dalam empat tahun itu terdapat beribu-ribu kenangan yang tidak mampu luput dari ingatan. Mana mungkin kasih sayang setulus itu dapat dilupakan. Apatah lagi itulah kali pertama aku benar-benar rasa cinta selain kasih sayang Mama, Ayah dan nenek serta makcikku yang telah bertahun-tahun tinggalkan aku.
Kenapa ya hubungan itu hanya berhasil selama empat tahun sahaja? Ini semua gara-gara perasaan tidak bersyukur. Perasaan yang memberontak untuk bebas dari komitmen. Perasaan yang tidak boleh terkawal. Perasaan yang inginkan kasih sayang yang melimpah-ruah akibat tidak memilikinya sejak kecil. Dan perasaan itu sendiri datang dari aku sendiri. Aku terlalu bodoh dan terlalu ikutkan nafsu dan perasaan. Aku telah curang terhadap dia setelah empat tahun bersama. Mungkin aku bosan dengan hubungan kami yang ketika itu sering sahaja dingin. Lalu, aku mencari langkah untuk menghilangkan rasa dingin itu dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Ya, semestinya kalian mengatakan aku perempuan yang tidak kenang di untung. Perempuan yang entah macam-macam lagi. Yang buruk-buruklah kiranya. Tapi, aku akur memang itulah kesalahan paling besar pernah aku buat sepanjang hayat aku. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat silap. Meninggalkan Ashraf yang begitu setia, begitu sabar dengan setiap kerenah aku selama ini. Aku tahu, tidak ada lelaki lain yang mampu tahan dengan perangai dan kerenah aku. Hanya Ashraf, lelaki itu sahaja. Lelaki yang paling perfect! Beruntunglah kalian jika memilikinya. Dan aku akan cemburu terhadap insan yang berjaya mendampingi hidupnya.
Aku mulakan hidup aku bersama kekasih baru aku yang aku sendiri tidak pasti adakah hubungan ini akan kekal. Tapi aku akan berusaha. Kerana Ashraf telah berpesan kepada aku untuk hidup baik-baik setelah dia melepaskan aku dari lingkaran hidupnya. Sungguh pun aku telah curang terhadapnya, tapi dia tetap melayan aku dengan baik sekali. Aku terpaksa menamatkan hubungan kami kerana aku tidak sanggup sakiti hatinya lagi. Dia terlalu baik untuk aku. Biarlah dia bebas dengan hidup barunya. Untuk didampingi dengan orang yang layak menerima cinta sucinya itu. Aku berdoa agar dia bahagia bertemu cintanya. Dalam diam aku sering berdoa sekiranya peluang itu masih ada di hadapanku. Aku tahu itu sesuatu yang mustahil. Tapi, jika benar cinta itu ikhlas dan suci, berbekalkan restu daripada yang Maha mencintai. Aku yakin, peluang itu akan sentiasa berada di hadapan dan menanti aku untuk mengorakkan langkah aku.


Kini, aku menjalankan hidup aku seperti biasa. Walaupun kadang-kadang aku terpaksa telan dengan pahit memori-memori lalu. Aku akan berusaha untuk menjadi pasangan yang baik untuk kekasih baru aku, Hariz (bukan nama sebenar). Aku akan menerima setiap kekurangan dalam dirinya. Dan aku harap dia juga dapat menerima setiap kekurangan dalam diri aku. Untuk apa aku coretkan kisah ini? Kerana ianya sebagai pengajaran kepada kalian yang sedang bercinta. Dalam sebuah perhubungan perlulah ada rasa tanggungjawab, setia, jujur, amanah dan ikhlas. Sekiranya terdapat perselisihan, segeralah berbincang. Dan janganlah menyesal seperti mana telah aku alaminya. Peluang itu datang sekali, dan rebutlah ia. Nikmatinya dengan sungguh-sungguh. Setiap perbuatan baik, Tuhan akan balas dengan baik. Dan setiap perbuatan buruk itu Tuhan akan balas dengan balasan yang setimpal. Sungguh aku menyesal dengan tindakan dan perbuatan aku. Sejujurnya aku mengharap cintanya dan merindui bait-bait cinta antara kami. Untuk kalian, "Selamat menjalani hidup ini".

Kisah Cinta

Seringkali kita dengar dan seringkali juga kita baca, pertemuan pertama berlaku dengan penuh romantis. Mata bertentang mata, kulit tersentuh kulit, proses pelanggaran yang tidak disengajakan dan banyak lagi detik-detik romantis yang pasti membuai perasaan setiap pembaca.
Detik pertemuanku tidaklah seromantis cerpen-cerpen cinta, tidak seromantis puisi nan indah. Pertembungan kami hanya biasa, normal. Pertama kali aku melihatnya ketika pendaftaran kem, hanya satu perkataan yang singgah di benakku, "pelik". Dengan seluar pendek '3 suku', dan topinya yang sangat tidak 'cool', dia nampak aneh. Dan dia juga jujur memberitahuku, dia melihat kelibat singa di wajahku pada ketika itu. Aku tertawa mendangar pengakuannya.
Pertemuan yang berlaku sewaktu kem tersebut telah mencipta satu hubungan persahabatan yang baru. Sejujurnya, aku tidak ingat bagaimana kami boleh menjadi rapat. Apabila aku cuba ingat kembali saat kami mula mesra, imej kami ketawa terbahak-bahak sewaktu mendengar ceramah yang membosankan menjelma. Situasi itu aneh bagiku, kerana aku dikenali dengan sikapku yang tidak peramah, tidak mudah mesra dan sombong apatah lagi dengan orang yang baru dikenali membuatku tertanya-tanya, kemana hilangnya sikap itu apabila bertemu dengannya. Apabila aku ujarkan pertanyaan tentang perkara tersebut, ringkas sahaja jawapannya, "aku kan peramah". Mungkin juga betul. Keramahannya membuatkan aku lupa sikap durjana yang sering diamalkan selama ini.

9 sebab hubungan tidak mampu bertahan

1. Menipu
  • Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.


2. Harapan / Kebebasan
  • Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.


3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
  • Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


4. Mengungkit Hal Yang Lalu
  • Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


5. Berbeza Pendapat
  • Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.


6. Status Yang Tinggi
  • Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.


7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
  • Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.


8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
  • Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.


9. Kawan-kawan dan Keluarga
  • Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


Rahsia mengenal wanita dari segi berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Personaliti Cinta ini telah dikongsikan oleh saudari zahra di Forum Tentang Cinta.

Cara lelaki menguji Wanita

LELAKI 
Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murahReaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.
Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudara xxs di Forum Tentang Cinta.
ps: Pernahkah anda menguji pasangan anda dengan perkara-perkara di atas? Jika ya, apakah reaksi mereka?

Rindu

                                                                                                       RINDU 
Dikau dtg lg..
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati

RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU

Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung harI

Sunday, April 17, 2011

CINTA

hari nie aku memang happy sangat2 sebab aku dah ade pengganti..
thank you to RUDY SHAH sebab terima aku as girlfrend dye..
aku sayangkan dye sangat3... terima kasih sayang sebab hadir dalam 
hidup saya... semoga hubungan kita kekal selamanya... 
AMIN..  

RUDYSHAH 

Friday, April 15, 2011

MOOD

hURM Aku rSe Aku Dh LmE x CreATe bLog ni... 
klI NI aKU nk Create PasL aKU dh CUti seMINGGU lebIH
UnTuk nEXT sEMESTER ni...
Aq RsE mLAs nk Blik KL Lg.. 
maYBE dUDK rumah dkT JB dh BEST... 
dPAT mkan FREE,,X payAH NAK KLUAR KN WAng utuk bli mkann... 
Hati aq MELAYANG DKt kl.. 
TAPI tubuhku dI JB.. 
TETAP mlas nak blik KL.. 
anyway tadi aQdpt 1 panggilan dari tempat yang aq blajr... 
akk dkt FINANCE ADMIN 2 ckp mybe hari selasa duit PTPTN AKn dpt... 
yahoo happy nyaa... dpt jugk aq merasa DUit ptptn 2... 
huhuhu.. entah ape yang mengarot nie.. AHH 
hentam saja..... okaylah.. aq nk tdo.. x sihat... 
bye... 

Khas buat mu

Aku inginkan kejujuran...kejujuran yang boleh aku jadikan landasan untuk terus menyayangimu.. 
Terima kasih sayang kerana membelai hatiku dengan sejuta harapan...membimbing aku ke arah sinaran...
dan kini,sama sama lah kita mengutip benih benih kegembiraan ini agar ia terus mekar dan mewangi.. 
untukmu sayang.. Dirimu terlalu istimewa membuatkan aku ingin terus menjalinkan hubungan ini bersama mu... 
Insya allah sayang.. kasih ku hanya utuk dirimu seorang.. maaf kan aku atas kesilapan yang lalu... 

SAHABAT

Setiap saat bermula
pasti akan berakhir 
setiap yang gembira 
pasti akan berduka 
setiap yang bertemu 
pasti akan berpisah 
begitulah juag antara 
kau dan aku...
Dulu kita sama sama 
mengharungi suka duka kehidupan 
biar apa dugaan yang datang 
kau tetap di sisiku 
dan aku tetap disisimu..
untuk memberi kata semangat 
persahabatan umpama binatang 
sentiasa kekal di atas sana
tapi tidak selalunya muncul dan bersina 
begitulah juga ibarat sahabat 
tak selalu ada disisi 
tetapi tetap dihati 
Masih aku ingat lagi... itulah ungkapan yang pernah 
kau lafazkan pada aku dahulu... 
kata keramat yang tak mugkin aku lupakan..
kau begitu menghargaiku.. 
Aku berharap kisah persahabatan kita ini 
Tidak akan berakhir seperti kata ungkapan 
sebaliknya akan kekal sehingga akhir hayat kita... 
Kau sahabat teristimewa bagiku.. 

Wednesday, April 6, 2011

JB

Yeahh esok nak balik JB
suka nya.. tunggu punya tunggu 
esok dah sampai JB
yeahh cuti 1 week.. 
haha anyway bila dh blik JB 
Mesti rindu dkt dye 
harap dye x lupa kan aq lh.. 
aku masih mengharapkan dye lagi. 
hati aku mengatakan yang dye akn kmbli pada aku 
balik.. tpi aku xthu lh.. 
aq msih syg kn dye lg.. 
hati aq cuba utk lupakn dye 
tpi x boleh.. 
:P

Tuesday, April 5, 2011

Kau pergi

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

 Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Sunday, April 3, 2011

PELENGKAP HIDUPKU

First sekali aku nak create blog pasal sebuah lagu nie memang sedih lah.. First time aku dengar memang sedih sebab ada terbaca blog seorang member. so aq cari lah lagu niew.. tajuk dye pelengkap hidupku eren feat romi.. korang dengar lah kt youtube then jgn lupa download k.. 
aku akan letak lirik lagu pelengkap hidupku dalam blog aku.. hehe.. 
nice songs...

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku

Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari


Bila kau pergi jauh ingatlah aku

Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu


Peluk erat jasadku jangan lepaskan

Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
P/S: lagu nie aku tujukan pada MOHD SHAHRIL FITRI or lebih dikenali dengan ARIL

Perempuan melayu terakhir

AYU NYA HAHA


AKU SUKA PAKAI BAJU NIEW SEBAB BAJU NIE DATANG NYA DARI INDONESIA..







YANG NIE NAMA DYE NURUL AFIEQAH AKU PANGGIL DYE NIW NURUL JEW..

Burukkan muka aku bila pakai tudung mcm niew...

Hah yang niew pon satu.. gambar yg very not bad lah.. housemate aq sruh aq pkai tdung mcm niew bruk kn..?? hahaha tpi aq tetap ske... 

MULUT KEPOH...!!!



Kenapa dekat dunia ade jew mulut kepoh... x boleh tengok orang senang skit.. aku memang benci gila bila ade orang suka buat aku panas... aku sumpah dia baru tahu.,.. suka hati aku lah beb nak buat statement ape pon yang ko sibuk sangat nape..?? ade ke aku kacau hidup ko..?? ko xpayah nk sibuk sangat dalam hal aku.. ko jaga kain kau sudah lah.. xpayah nk jaga tepi kain aku pulak.. BULLSHIT...!!! Memang KAU bagi aku panas lah mlam2.. jgn nk ngadu dkt family aku.. aku sumpah ko baru tahu.... jangan inGAT aku diam je selama nie ko boleh pijak kepala aku.. memang x boleh jadi baik lah aku.. jadi jahat lagi bagus lah wei... 
SHITT.... SIAL....


RinDu dekat dye sgt3...

SAYANG, I MISS U DAMN MUCH..!!!
Aku tadi buka blog mmber dgar lgu ..tiba2 rse rindu dkt dye niew.. aq dh mesej dye tpi dye x reply pon.. sdih x..?? nk kol tapi takot menganggu dye jew.. ape kn daya pendam jelah perasaan niew.. klau rse rindu bkk fon tgk gmbr dye je.. terlalu byk memori aq dgn dye niew.. xkn mungkin aq dpt lupa kn dye.. xkn aq serah kn cinta kash syg aq pde lelaki lain walaupon dye sruh aku cari lelaki lain aku xkn cari...andai ade lelaki lain yang lebih sayangkan aku.. aku tetap setia dgn dye..  hurmm maklum lah dye anggap aq cume kwn je skrang niew.. 
sayang, saya xkan cari lelaki lain saya tetap setia dgn cinta dan sayang pada awak.. pintu hati saya dh tutup untuk lelaki lain.. insya allah saya akan buat ape yang awak minta 2.. saya akan jadi perempuan yang baik untuk awak.. 
INSYAALLAH

Saturday, April 2, 2011

Loves Makes Everything Beautiful ;)

HAVE THE SPECIAL

TAKEN BY SHAHRIL FITRI

haha mcam orang lain mesti nak ade yang special kn.. hurmm hah mcm aku jugak aku kenal dye niew time ade perjumpaan dgn budak2 yang sme intake dgn aq.. org lelaki pertama aq berbual dgn dye.. shahril fitri or aril.. hensem jugak mamat niew.. haha gatal...!!! Tpi dye niew budak kos lain not same with me okay.. dye niew amek kos diploma in busness administration ... Aril niew budak kl jew.. x percaya aq boleh kenal dgn mamat niew padahal dye niew ramai jew girl yg suka dye.. tpi aq ckup bertuah lh dpt kapel ngn dye niw.. hensem jugak... hehehe nk cter mcm mne kteowg kenal.. haha xperlu kot.. aq dlm proses nk knal hati budi dye niew... huhu time niew mmg happY gila lah sebb dye niew yg minta nbor phone aq.. kata dye boleh mesej2 haha okay aq bgk jew lah.. nk kwn2 kn pe salah nyer... huhu 

15.08.2010


haha dengan tarikh 2 aq dengan dye sah jadi loving kapel... hahaha terburu2 kn aq..?? mesti lh dye niew kn hensem sape yg xnk kn... sape cepat dye yg dpat.. huhu first kapel memang lh sweet... dye niew ade sfat tanggungjawab jugak x mcm ex2 idiot aq 2 dlu.. semua suka main kn perasaan aq jew.. aq syg dye niew sgt2.. huhu pintu hati aq sudah tutup untuk lelaki lain.. hati aq cuma ade shahril fitri saja... 
SAYA SAYANGKAN AWAK SEORANG 
X ADA LELAKI LAIN SELAIN AWAK 
X ADA SESIAPA BOLEH PISAH KAN KITA SELAIN ALLAH S.W.T..
I LOVE U SAYANGG... MMMUAHHHH <3 

25.7.2010 (INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE)

25.7.2010.. aku dapat tawaran ke international islamic college kos diploma in office management and secretaryship kuala lumpur.. first day dekat sane rase nak balik jb jew.. sedih kena tinggalkn mak ngn abah.. tpi ape boleh buat klau kita nak menimba ilmu... huhu betul x..?? time daftar memang ramai lah persaingan dgn aq... thankz to abg zali,mak ngn abah sanggup hantar aq pergi ke kl...ADIK SAYANGKAN MAK NGN ABAH.. ADIK JANJI ADIK AKAN BELAJAR RAJIN2.... adik akan bawa balik ape yang mak ngn abah minta .... i love u all.... <3 mmmuaahhhhhhh